Followers

Friday, July 29, 2011

cιитα αтαƨ ιмαи ✰

Tiada apa lagi yang ku hasratkan
tiada apa lagi yang menjadi dambaan
ku hanya dambakan seorang
insan bernama isteri yang
cintanya atas agama, atas iman
buat menjadi pendamping setiaku
buat menjadi penawar resahku
menguatkan semangat pada diriku.

Benarlah sabda kekasihNya
"nikahilah wanita kerana agamanya
nescaya kamu beruntung"
benarlah wanita solehah
penyejuk di hati ini.

Keindahan namamu
ada makna mendalam
yang menyejukkan kalbu
kejernihan wajahmu
terpancar ketenangan
lahir dari relung nurani
muthmainnah
keayuan peribadimu
begitu tawaduk
lahir dari nur iman
di kalbu.

Cintaku padamu bukan
semata-semata cinta
cintaku padamu atas agama
cintaku padamu atas iman
cintaku padamu atas taqwa.

aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu ,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu , makan hilanglah cintaku padamu .

 Kuterpikat padamu kerana agamamu
kutertawan padamu kerana kesolehanmu
kuterpesona padamu kerana taqwamu.

Kita saling menasihatkan
diri ini melalui
bait-bait hikmah yang
mengesankan di hati.

Kau selalu mengingatkan diri ini
pada semangat perjuangan Islami
itu yang menjadikan
ku semakin kagum padamu.

Alangkah sempurna hidup ini
jika dalam diri ada kalimah cinta
dia mencintai Ilahi
dia mencintai Nabi
dia mencintai ulama dan orang soleh
dia mencintai insan keranaNya
dia mencintai Islam dan perjuangannya
di situ terkumpul semuanya
ada kalimah cinta, kalimah iman
dan kalimah taqwa
yang akan membawamu memasuki
jalan bahagia dan penuh ketenangan.




Monday, July 4, 2011

Warkah buat Adam dan Hawa

Untuk Adam.

Andai Mahu Mencari Hawa.

 Jgn dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik.
Fikirlah semasaknya utk menyuntingnya. 
Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata.
Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya.. 
Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami..

Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata.
Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya.. Andai tidak redup menundukkan pandangan.. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya.. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..



Untuk Hawa..

Andai Mahu Menerima Cinta Adam..
  
Jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata.. 
Lihatlah pada aktiviti malamnya.. Andai liar hidupnya tika malam menjelma.. 
Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.. 
Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

 Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata.. 
Lihatlah pada bahagian kakinya.. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola.. Fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima.. Kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

 Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..  
Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara.. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah.. 
Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya.. Khuatir pabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya.. tetapi hari ini.. mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri.. Begitulah juga sang lelaki.. Kadang-kala berkopiah, dari mata nampak sungguh alim.. tetapi dalam hatinya..?? Siapa yang tahu..

Sekadar renungan bersama..

Saturday, July 2, 2011

Fitrah menjadi Fitnah .

Assalamualaikum .

Buat remaja yang mencari cinta
Mencintai itu memang indah rasanya
Damai, tenang dan bahagia
Sukma merasa, 

Inilah cinta
Inilah kurnia
Inilah dunia
Inilah syurga

Namun, ketahuilah remaja
Iman dan hati
Memberontak benci
Fitrah hati, cintakan cinta
Yang suci murni
Bukan cinta yang hina tidak bersyariat bersemi

Islam hadir membawa panduan
Bagi mendapatkan
Cinta suci yang diidamkan

Mengapa ada yang ditinggalkan
Setelah menjalin ikatan
Pertunangan atau percintaan
Semuanya kerana
Cinta tanpa panduan

Muslimah,remajaku sayang
Jangan dikau pula berkata
Di saat ini kau sedang berbahagia
Bersama si dia
Atau kau pula berkata
Aku lebih kenal si dia!
Si dia tak mungkin tinggalkan saya!
Atau kau juga berkata
Mencintai itu memang fitrah manusia
Ingin dicintai itu memang fitrah kita
ALLAH juga yang mencipta fitrah semuanya

Dengarlah… Remajaku sayang…
Atas nama fitrah!

Atas nama fitrah
Dua mempelai saling membelai
Atas nama fitrah
Dua pasangan saling bersentuhan
Atas nama fitrah
Dua jantina keluar bersama
Atas nama fitrah
Mereka menjalin hubungan asmara
Atas nama fitrah
Mereka sanggup mengetepikan agama
Atas nama fitrah
Bersemi di hati, segala maksiat dan zina hati
Anjuran Iblisi laknatullahi’alaih

Aduh! Remajaku sayang!
Segalanya dilakukan atas nama fitrah
Jangan tertipu, remajaku sayang
Berkasih-kasihan sebelum nikah
Tetap salah!
Ingatlah, remajaku sayang
Pelbagai jarum dan helah
Segala syariat akan ditegah
Oleh syaitan laknatullah
Agar dikau, remajaku sayang
Terhumban ke dalam penjara Allah
Jangan, remajaku sayang
Ingatlah!
Fitrah itu mampu berubah
Menjadi FITNAH.

Aduh, remajaku sayang!
Aku tak mahu melihat generasi harapanku
Aku tak mahu melihat syabab dan muslimah pilihanMu
Hanyut dalam arus dunia dan nafsu
Aku tak mahu itu berlaku
Remajaku sayang,
Peliharalah dahulu cintamu
Sabarkanlah nafsumu dahulu
Peliharalah ia
Sehingga syariat menghalalkannya
Agar dikala dikau dimilki oleh si dia
Cintamu suci, terjaga oleh hijab ISLAMI
Itulah nikmat cinta yang paling suci!