Followers

Sunday, December 15, 2013

Sampai syurga boleh?

Saat aku melihat ke atas sana,
aku nampak langit terbentang luas,
Maha Suci Allah,
ya tika itu juga, rindu datang bertamu,
sungguh nikmat,
lalu aku coretkan nukilan ini,
sungguh ia datang dari hati yang comel ini 
hihi :D



Aku rindu saat itu,
tika insan lain di ulit mimpi,
kau datang menggenggam tangan ini,
barangkali sedang mem bluetooth kekuatan,
nah ambil lah kekuatan ni.
huhu

Aku rindu saat itu,
tika kau memarahi aku,
eh?
aku saja ingin 'menarikperhatianmu',
lalu men'curi' kasutmu 
pabila kau masuk ke dalam tandas,
haha sungguh lucu tika itu
yaka? :3

Aku rindu saat itu,
tika kita berbual kosong,
di atas jalan tar yang hitam itu, 
sungguh aku rindu.

Aku rindu saat itu, 
tika kau punya masa,
untuk mendengar ceritaku,
aku gembira, aku terbina
dengan segala kata mutiara
yang kau beri.
terima kasih lagi.

Aku rindu saat itu,
dimana kau disampingku,
menyembah DIA yang Esa,
sungguh terasa kerdilnya dihadapan Ilahi.

Aku rindu saat itu,
tika kita berjabat tangan,
memohon kemaafan,
kerana masing masing tercalit dosa barangkali,
ya ukhuwah kami sering di uji,
masjid itu menjadi saksi.
tak pernah ku lupa.

Aku rindu saat itu,
seharian kita 'jelajah' sekolah,
eh separuh hari sahaja lah,
berkepit seperti belangkas,
eh?
isi perut dengan minuman,
tak lupa ayam goreng macho,
di bawah tangga yang penuh 'barakah'
hihi

Aku rindu saat itu,
tika kita cipika cipiki,
haha
lawak sungguh
terasa derasnya sungai ukhuwah itu mengalir.
sungguh aku rindu

Aku rindu saat itu,
kita dipayungi pokok yang teduh,
berkongsi makanan
tidak ka kami comel ketika itu?
haha.
sharing is loving oi 
oh terasa kuat dengan ukhuwah ini.

aku rindu hendak mendakapmu.
eheh.
betul lah.

Sudah, setakat ini sahaja.
Yang lain biarlah menjadi rahsia ilahi. 
eheh :D
Moga Allah redhai ikatan ukhuwah ini.

"Kekuatan Islam tu ada pada kekuatan ukhuwah"


Aku akan rindu alam persekolahan dengan sahabat itu
Lagak macam dah habis SPM.
Eh belum lagih. 
sahabat itu yang sudah mengorak langkah menuju ke dunia yang lebih mencabar
aku masih setia dengan alam persekolahan.
ewah ;) Muda lagi. Hihi
(dusta) 
:p

Kenang aku dalam doamu duhai sahabat fillah.
Moga Allah rahmati setiap langkahmu.
Moga DIA tetapkan hati kita atas jalan ini.
InsyaAllah.
SEMANIS GULA.

"Bersahabatlah atas landasan keimanan"
Sampai syurgaNYA
Uhibbuki Fillah :*
LOVE 
sahabatku, chentaku.
FI HIFZILLAH YA UKHTI


Saturday, December 7, 2013

Kefahaman itu penting




Aku ingin bebas
Dari selaput jahiliyyah yang menyeksakan
Kurniakanku kekuatan
Dengan sayap keimanan
Aku akan terbang menggapai kebebasan
Di sisi Tuhan sahajalah terdapat ketenangan


Muiez berada di musalla Fakulti Syariah, Universiti Yarmouk. Telinganya dipekakkan dengan lagu-lagu Sheila On 7, antara band Indonesia yang diminatinya.

Irfan mendekatinya lalu memberi salam. Ketika dia memberi salam yang pertama, matanya ternampak Muiez yang sedang memerhatikannya. Muiez segera beralih muka apabila tahu Irfan menyedari kehadirannya. Irfan menyempurnakan salamnya yang kedua, berdiam sebentar.

“Assalamualaikum.” Irfan duduk di sebelah Muiez tanpa rasa kekok. Seakan – akan Muiez adalah teman rapatnya.

Muiez menjawab salam perlahan.

“Dengar lagu apa?” Irfan bertanya sambil menunjuk ke arah headphonenya.

“Sheila On 7.” Muiez menjawab selamba, walaupun dia tahu lagu yang didengarinya sangat kontra dengan kedudukannya dalam rumah Allah, tempat orang melakukan solat. Dia menjangka Irfan akan marah apabila mendengar jawapannya.
Tetapi sebaliknya, Irfan ketawa kecil.

“Minat Sheila On 7 juga?”
Pertanyaan Irfan itu mengejutkannya. Segera dia menarik sebelah headphonenya. 

“Kenapa? Kau minat juga?” Muiez bertanya dalam hairan.

Irfan menggeleng. “Dulu, Asid minat betul dengar Sheila On 7 dan Peterpan.”

Muiez tersengih. 
Sheila On 7 dan Peterpan adalah kumpulan muzik yang sangat popular suatu ketika dahulu. Kini, walaupun masih meminati, tidak sehebat zaman kegemilangan mereka dahulu.

“Masa itu, Asid di tahun satu atau dua. Lebih kuranglah.” Irfan cuba mengingati.

“Kau tak marah Asid dengar lagu-lagu macam ini?” Muiez menunjukkan headphonenya, seolah-olah lagu itu ada di situ, boleh dilihat.

“Marah? Buat apa marah-marah?”

“Yalah, dia dengar lagu yang macam ini. Bukankah tak bagus?”

“Ehmm, betullah tak bagus. Tapi marah sebab benda kecil macam ini pun tak bagus juga. Ada benda yang lebih besar. Insya Allah benda –benda macam ini, akan ditinggalkan sendiri apa bila dia mencapai kefahaman yang jelas.”

“Kefahaman yang jelas? Kenapa ia akan membuatkan orang meninggalkan benda-benda macam ini?” Muiez bertanya lagi. Tiba-tiba ada rasa ingin tahu yang membuak dalam dirinya.

“Macam mana nak cerita ya?” Irfan berfikir sebentar.

Dia tidak sangka Muiez akan jadi berminat. Mereka tidak pernah bersembang mesra. Malah sebelum ini, sukar sekali dia hendak mendekati Muiez.

“Beginilah, Muiez. Jawab soalan aku dulu. Kita datang daripada siapa?”

“Allah.”

“Baik, kemudian kita akan pulang nanti di akhirat kepada siapa?”

“Allah.”

“Hah. Maka, kalau kita faham benda ini dengan baik, beriman dengan-Nya tanpa ragu, kita akan lihat betapa kita ini datangnya daripada Allah. Kalau Allah tak jadikan kita, kita tak ada di dunia ini.”

“Betul.”

“Dan kita ini, lepas mati akan bertemu dengan Allah. Allah akan kira amalan kita dan segala yang kita lakukan di dunia.”

“Okey. Jadi, apa yang membuat kita mahu tinggalkan benda-benda macam ni?”

“Apabila kita nampak semua itu, bukankah tidak patut kalau kita hidup dengan apa yang tiada kaitan dengan pengembalian kita kepada Allah nanti? Sudahlah datang dari Allah. Balik pun akan jumpa Allah. Maka, mana mungkin hidup kita tiada kaitan dengan Allah?”

Muiez terdiam. Logik yang Irfan guna, walaupun tiada bantuan hadis, ayat Quran, tetap mengetuk daya fikiranny. Datang daripada Allah, balik juga kepada Allah, maka apakah molek hidup ini, kita lakukan perkara yang tiada kaitan dengan-Nya?

“Hidup manusia ini ibadah. Semua ibadah. Jadi apakah molek ibadah itu kita sekalikan dengan perkara yang tidak dikira sebagai ibadah?” Sekali lagi Irfan menyoal, dan soalan itu menggegarkan minda Muiez.

“Sebab itu apabila aku tahu Asid suka dengar lagu, aku kenalkan dia dengan kumpulan Indonesia macam Snada, Fatih, Gradasi, Tashiru, Ruhul Jadid, Shoutul Harokah dan sebagainya. Kebelakangan ni, dia suka pula kumpulan Inggeris seperti Sound of Reason, Outlandish. Tapi itu semua dia cari sendiri kemudianlah.”

Irfan galak bercerita, seakan-akan Muiez adalah teman rapatnya selama ini. Muiez terpana. Begitu sekali. Tidak marah, tetapi menunjukkan mana yang benar. Halus, tetapi berkesan.

“sebab itu, buat apa aku mahu marahkan kau? Benda macam ni, kalau selepas mendapat kefahaman, insya Allah mudah saja ditinggalkan. Yang susah untuk dapat adalah kefahaman itu.”

Irfan tersenyum, menepuk bahu Muiez.

“Susahkan mahu dapatkan kefahaman itu?”


Irfan mengangguk. “Kefahaman yang mampu diterjemah dalam amal ini, bukan boleh dapat dalam kelas atau menghafal beberapa fakta. Kita perlu lalui tarbiyah.”

“Tarbiyah? Pendidikan?” Muiez menterjemahkan dari Bahasa Arab ke bahasa Melayu secara terus.

“Itu dari segi bahasa. Yang aku maksudkan adalah proses tarbiyah. Satu proses yang kita lalui untuk diri kita agar taat kepada Allah dalam apa jua perkara. Proses untuk meningkatkan keimanan kita. Senang cerita, satu proses untuk membawa kita pada tahap yang Allah mahu.”
Irfan menerangkan dengan bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada Novel Sinergi - Hilal Asyraf.
Ntah, rasa terkesan dengan statement yang diberikan.
Yes, kefahaman itu sangat penting.
Moga dapat manfaat darinya. 
InsyaAllah.




Saturday, August 3, 2013

Ukhuwah 2002-2013

Selesai solat zohor di masjid sekolah.

Aku terserempak dengan Maryam. Lama tak sembang, alang-alang tu lepak dulu dekat tangga.
Sama sama bertanya khabar. Sungguh, rindu. Masing-masing sibuk dengan dunia sendiri. Hinggakan kadang-kadang peranan sebagai seorang sahabat ter-abai. Maaf.

"Ha Yam, ape cer sekarang? Sihat dak?"

"Alhamdulillah ana oke ja."

Sepi. Otak ligat mencari soalan.

"Yam, ce anti cerita dekat ana. Anti sakit apa ni?"

"Ohhh, ana blablablablablablablabla"

"Oh, takpa Yam. Sabar. Tabahkan hati. Kuatkan diri. Yam kuat. Ana tau."
Senyum.

"Ana harap ni la last Allah bagi ujian dekat ana. Ana dah tak larat. Penat."


"Ada hikmah Yam! Yam kuat!"

"Oke la Aliyah, kak ana dah mai. Ana balik dulu."

Kami pun berjabat tangan. Manis nya ukhuwah ini Ya Rabbi. 

Haritu ada Qiam, Yam demam. Ujian lagi untuk anti. Ohhhh sungguh, Allah sayang anti. Jealous ana T.T'
Dia tahu Yam mampu. Tu la Dia bagi ujian. Kannnnn? (:
Yam tabah dengan setiap ujian yang Dia bagi. Yam sentiasa sangka baik dengan Sang Pencipta.
Allah nak angkat darjat anti tu sahabat! Bersabarlah. Ada manis di hujung perjuangan tu nanti.
InsyaAllah 

Ramadhan datang lagi. 
Tapi Yam tak datang sekolah. 
Yam tak sihat. 

Sedih nya. 
Rindu nya.
Rindu nya.

Ramadhan terus berlalu. Aku menghitung hari. Mana Yam pergi? Kenapa tak datang sekolah lagi?
Sungguh, rindunya dekat anti! :<

260713 
Aku balik kampung, topik 'kedaikopi' malam tu pasal Yam. Tetiba aku teringat pasal penyakit Yam.
Kebetulan sepupu aku ada sorang amik Medic. Yes, aku pun tembak soalan untuk dia pasal penyakit Yam.
Dan dia pun cerita lah. "Blablablablablablabla and blabla................................"

"Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, ujian untuk sahabat aku." TTTtt;'

270713
Dalam kereta nak ke Kuala Kangsar.

Telefon berdering; "Assalam, Kak Aliyah ke nih? Izzah ni"

"Ohh, ha kenapa?"

"Kak Aliyah kenal adik Kak Huda? Kak Maryam tu? Dia baru ja meninggal tadi. 1230pm tadi"

"Seriousssssssssssssssss? :O"

"Betul la. Kak Aliyah dekat mana tu?"

"Ana dekat kampung la. Perak. Thank you Izzah"

"Oke oke, bye Kak Aliyah. Assalam."

"Wasalam"

SEBAK, SENTAP, SEDIH, RINDU.
Ya Allah, betulkah apa yang baru aku dengar sebentar tadi? Sungguh aku tak percaya. Bukan tak percaya pada ketentuanMU, tapi................... :(

KELU.

Yam, kenapa anti tak mai jumpa ana dulu? Kenapa anti tak datang sekolah jumpa sahabat2 dulu?
Ya Rabb, pilunyaaaaaaaa. Lagi sedih sebab tak dapat ziarah Yam. Yam dekat Kedah, aku dekat Perak.
Ohhh, memang harapan la nak jumpa. Sobsob :'<

Tiba-tiba teringat perbualan aku dengan Yam masa awal tahun dulu.

"Yam, ana rindu batch kita. Rindu. Susah la nak biasakan diri kawan dengan junior2"

"Takpa Aliyah, ana ada. Kita boleh buat pala senior sama-sama"

"Haah kan, eheee :D Oke Yam. Anti teman ana duk sini nah" 

Ya Allah, sebaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Seorang sahabat aku Engkau telah panggil dia menghadapMu pada bulan mulia ini.
Sungguh, bertuahnya dia. Sungguh aku bangga menjadi sahabatnya. 
InsyaAllah syurga untuk dia kan Allah? :)

Mungkin Allah tahu Yam penat tahan sakitnya itu. 
Memang ada hikmah engkau di uji wahai sahabat.
Allah bagi engkau rasai nikmat sakit dan Dia bagi engkau menghadapNya di bulan Ramadhan yang berkat ini.
Wahh! Untungnya Maryam! Sungguh ber-untung. 

"Ramai yang kesian atas kesakitan yang ditanggung olehmu itu duhai sahabat, tapi ramai yang tidak tahu sebenarnya ada kemanisan dalam kesakitan itu" :)

Baik nya Allah. Perancangan Dia adalah yang terbaik. 

InsyaAllah kami sahabat di sini sentiasa kirim doa buat dirimu.
Walaupun jasad engkau tidak ada bersama kami, tapi kami dapat rasakan kemanisan ukhuwah yang telah kita bina dulu. InsyaAllah.

Sahabat till Jannah <3 Jumpa dekat Jannah nanti duhai sahabat!
Nuhibbuki fillah Maryam Adilah.
Meninggal -270713 18Ramadhan.











Monday, July 22, 2013

Buat Si Pejuang Agama

Kau tidak bodoh andai kau gagal 
selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan
pahala,
bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau reda, sabar dan terus
berusaha.

TAPI, kau sememangnya bodoh,
jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal dan
menderita,
tiada nilaian pahala dari-Nya,
malah kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia-siakan amanah
berharga.



Sahabatku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kau terjatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kekuatan untuk bangkit
semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.
Berjuanglah shabatku,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak didunia,
nun di syurga sana.
InsyaAllah


Saturday, June 29, 2013

Izinkan aku by FatimahSyarha

Izinkan Aku

Allahku,
Izinkan lidahku,
Pertama, menyebut nama-Mu,
Sebelum mataku terlena,
Pertama, mengungkap nama-Mu,
Setelahku terjaga semula.

Allahku,
Izinkan kakiku,
Berlari menyahut panggilan-Mu,
Tatkala azan-Mu berkumandang,
Tetap merangkak datang,
saatku kesakitan,
Kerana aku tidak rela,
Hidup dalam kerugian.

Duhai Allahku,
Izinkan bibirku,
Basah membaca Quran-Mu,
Biar berulang,
Isinya segar sepanjang zaman,
Aku tak rela,
Hidup dalam kebosanan,
Bila hati jemu dengan kebenaran.

Duhai Allahku,
Bantulah aku memiliki,
Hati yang berperasaan,
Hati yang merasai,
Pentingnya...
Mengekspresikan cinta,
Kepada Tuhan.

Nukilan Hati,
Fatimah Syarha Mohd Noordin
radio IKIM, segmen Remaja, setiap Selasa 10.15 malam.

Friday, February 8, 2013

Selamat Bermujahadah

Tahniah. Tahniah 
Engkau berpeluang pijak bumi anbiya' itu -MESIR-
Sebarkan dakwahmu di bumi sana wahai sahabat.
Teruskan perjuangan mu. 

Jaga dirimu. Jaga akhlakmu. Jaga imanmu sahabat.
Aku sentiasa iringimu dengan doa. Insya-Allah.
Jangan engkau hanyut di bumi sana. Jangan engkau ingat engkau bebas dari mata ibubapa.
Allah sentiasa memerhatikanmu :) Ingat tu!
Follow program tarbiyah disana. Usrah jangan lupa 
Supporting group tuh! Kuatkan semangat.



Salam sayang. Salam rindu dari orang sini <3

Wednesday, December 19, 2012

Tahniah adik adik PMR

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang
Assalamu'alaikum

Huumm.
Tarikh keramat budak budak PMR12 
19 Disember 2012 kan
Yeah. Haha. Ada yang mandi tak basah. Tidur tak lena. Makan tak kenyang ? xD
Hahaha. So hari nih dah dapat results? Apa rasa ha?
Manis? Pahit? Perit? Masam?  Huhu
Apa apa pun, tahniah la semuaaa yang amik PMR tahun nih
Jangan sedih. Jangan seronok sangat. Semua tu rezeki dari Yang Maha Esa
Syukur syukur syukur. Allah Maha Baik kan :)

Ehhh, adik adik SMAAZ
Bangga dengan hampa laaah :*

9A Fatihah Ubaidah, Huzaifah, Nafis, Aslam dan Luqman Taufiq.   
8A Abdul Aziz, Ikmal, Amar, Hassan, Asharaf dan Ezzul. 
7A Aqilah Zahra, Izzah, Aqilah Khudri, Nabil, Azhan dan Aiman Azhar.





Yang lain tu, tahniah jugak. Mungkin tadak rezeki sekarang tapi tapi SPM nanti. 
InshaaAllah. Jangan sedih. :) 

Yang cemerlang, jangan bangga, jangan riak. Semua hanya pinjaman di dunia.
Amalkan apa yang dipelajari. Kuatkan iman. Terus berdakwah dengan ilmu yang ada.
InshaaAllah diberkati Allah. 

USAHA LAGI MENJADI YANG TERBAIK 
Salam Perjuangan adik adik PMR. SPM ada lagi. Chaiyok