Followers

Wednesday, December 19, 2012

Tahniah adik adik PMR

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang
Assalamu'alaikum

Huumm.
Tarikh keramat budak budak PMR12 
19 Disember 2012 kan
Yeah. Haha. Ada yang mandi tak basah. Tidur tak lena. Makan tak kenyang ? xD
Hahaha. So hari nih dah dapat results? Apa rasa ha?
Manis? Pahit? Perit? Masam?  Huhu
Apa apa pun, tahniah la semuaaa yang amik PMR tahun nih
Jangan sedih. Jangan seronok sangat. Semua tu rezeki dari Yang Maha Esa
Syukur syukur syukur. Allah Maha Baik kan :)

Ehhh, adik adik SMAAZ
Bangga dengan hampa laaah :*

9A Fatihah Ubaidah, Huzaifah, Nafis, Aslam dan Luqman Taufiq.   
8A Abdul Aziz, Ikmal, Amar, Hassan, Asharaf dan Ezzul. 
7A Aqilah Zahra, Izzah, Aqilah Khudri, Nabil, Azhan dan Aiman Azhar.





Yang lain tu, tahniah jugak. Mungkin tadak rezeki sekarang tapi tapi SPM nanti. 
InshaaAllah. Jangan sedih. :) 

Yang cemerlang, jangan bangga, jangan riak. Semua hanya pinjaman di dunia.
Amalkan apa yang dipelajari. Kuatkan iman. Terus berdakwah dengan ilmu yang ada.
InshaaAllah diberkati Allah. 

USAHA LAGI MENJADI YANG TERBAIK 
Salam Perjuangan adik adik PMR. SPM ada lagi. Chaiyok

Wednesday, December 12, 2012

Anda belum matang sekiranya

Dengan nama Allah aku mulakan.
Terima kasih Ya Rabbi

Kita masih belum matang sekiranya ..

-Menghabiskan kredit hanya untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibubapa juga

-Rela menunggu berjam-jam, walaupun dalam hujan untuk melihat gadis yang dicintai melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!

-Memarahi bahkan sanggup menampar adik yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita yang diminati

-Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al Quran walaupun satu muka setahun!

-Asyik terkenang wajah kekasih yang baru tak sampai seminit berpisah tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

-Susah hati jika tidak menerima surat atau emel atau SMS daripada orang yang dicintai sebaliknya kita tahu bahawa kita sendiri tidak langsung mengirim surat atau SMS kepada bapa dirumah

-Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet dan seluar pendek atas lutut ketika solat.

Lebih banyak mengucapkan kalimah ILOVEYOU berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Muhasabah sama sama. Mencari redhaNYA 

Saturday, September 22, 2012

Aku ingin......


TEMAN ....

Aku ingin kita seperti Abu Bakar Al Siddiq
persahabatan dijalin kerana Allah
harta dikorban bukan sedikit
cintakan kebenaran sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia
ketika meninggalkan insan tercinta
di bumi tandus tanpa bicara
meyakini Allah sebagai Pencipta.

Aku impikan antara kita seorang Umar
berdiri tatkala tunduknya manusia
bersuara tatkala diamnya mereka
menggerunkan musuh durjana

Serta senyuman Syed Al Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut
akdah mantap tidak terrenggut
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair
menahan panahan Hajjaj dengan rela
bersama si ibu tua
lantas syahid rohnya ke syurga

Marilah kita menyemai benih Hassan Al Banna
fikrahnya jernih menggegar dunia
merelakan tubuhnya dimamah peluru
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul

Aku cintakan pemuda Giffari
menentang kezaliman walaupun di ancam
moga kan lahir lagi di abad ini
jiwa jitu pemuda tak pernah suram

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf
tetap mencintai saudaranya
walaupun dihumban ke dalam perigi tua
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya

Aku ingin pusara kita harum mewangi
bagai harumnya pusara Masyitah
semerbak kasturi




AKU INGIN PERSAHABATAN INDAH INI
BISA MENJADI SYAFAAT
DI MAHKAMAH MAHSYAR NANTI. 
AMIN.


Friday, September 21, 2012

Kenapa Aku Diuji?

Kenapa aku mesti diuji
sedangkan orang lain gembira dengan kehidupan mereka
KENAPA MESTI AKU?

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,
''kami telah beriman'' dan mereka tidak diuji?
dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka.
maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar 
dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta

Aku tidak mampu Ya Allah.
Ujian sangat berat
aku tidak mampu memikul bebannya

Allah tidak akan membebani seseorang luar dari kemampuannya

Tetapi bagaimana Ya Allah??
aku tidak tahu Ya Allah
aku tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya Ya Allah
aku telah berusaha menghadapinya
tetapi usahaku bagai sia-sia Ya Allah

Berdoalah kepadaKU, nescaya akan AKU perkenankan kepadamu

Ya Allah, aku sering berdoa kepadaMU
siang dan malam, keadaan tetap sama Ya Allah
masih tidak berubah

Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah

Aku terasa jauh dengan-MU Ya Allah
terlalu jauh dari-MU

Dan apabila hambaKU bertanyakan kepada mu Muhammad tentang Aku,
maka sesungguhnya aku deka

Ya Allah , aku kufur 
aku tidak bersyukur dengan nikmat-MU 
sedangkan nikmat yang Kau berikan cukup banyak
hinggakan aku tidak mampu untuk membayarnya
hanya kerana ujianMU yang sedikit ini jika hendak dibandingkan dengan nikmatMU
AKU SUDAH MENGALAH!
Aku sudah tidak yakin pada-MU
aku sudah ingkar kepada-MU

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu

Mahukah Engkau mengampunkan dosa hamba hina ini?
hamba yang jijik ini
hambaMU yang tidak tahu erti bersyukur ini
mahukah Engkau terima ya Allah?

Sesungguhnya bertaubat kepada Allah itu hanya pantas bagi mereka yang melakukan kejahilan kerana tidak mengerti, kemudian segera bertaubat. taubat mereka itulah yang diterima Allah.

Wahai makhluk ciptaan Tuhan
mengapa mesti mempersoalkan ketetapan Tuhan?
Dia yang berkuasa atas sesuatu
YAKINLAH!
setiap ada yang dia lakukan ada hikmahnya
tempuhilah ujian Allah dengan sabar dan tabah
KEMBALILAH PADANYA
jadilah hamba yang taat dan bersyukur kepadaNYA
nescaya tidak sia-sia. sesungguhnya janji itu pasti. 

BERSABARLAH MENGHADAPI DUGAAN :))
HE LOVES YOU<3 

Sunday, June 10, 2012

Ajal dia. Innalillah

Dear readers,

Ya Allah, macam mana nak cerita nih.
Kelu, Blur, Tak reti nak mengarang.
Hurrm. O Allah, Berilah aku kekuatan. Amin.

Post sebelum nih ade hampa baca pasal LEADERS 12'?
Ha, ada kan ana bagitau nak cerita kat newpost.
Ni ha nak habaq maaai.


time tuh kan, kami peserta Leaders dah sampai di pantai kerachut 
selepas mendaki dari Taman Negara,
untuk nak rehat lha kan plus solat zohor tepi pantai :)

Pemandangan Pantai tu memang .. SUBHANALLAH sangat cantik , 
Tapi kaaaaaaannn, di balik keindahan nya ituu
OMBAAAAKK SANGAT KUAAAT! DERAS! 

for sure, memang penat lha kan lepas mendaki, 
sampai sampai pantai tu, tak rasa penat langsung sebab minda berkata jangan penat.
perasaan time tuh hanya - tak sedap hati, takot - sebab ...
ombak deras , kuat . 
 Ya Allah, time tu fikir if la kan ada TSUNAMI, memang mati dalam berjuang lha kot noh.
insya Allah.

Dalam hati , minda hanya ada Allah. And aku tak putus putus berdoa
'' Ya Allah, ombak ini mengikut perintah MU, pintalah ombak ini agar tenang''
''Ya Allah, peliharalah kami, tenangkan lah hati kami'' 

wah, geng geng budak laki ada yang dok main air lha, nak amik wuduk lha untuk solat zohor.
aku boleh cerita based on ape yang aku nampk lha kan.
mula mulaa, tengah depa dok dekat ombak tuh, tak sangka lha pulak akan jadi macam nih.
ramai kot yang kena tarik dengan ombak, tapi Allah sayang ''dia''.
Allah ambil dia ja time tu sedangkan ramai lagi yang lemas tapi dapat di tarik.
Boleh ja Allah nak ambil semua, tapi Allah ambil dia jaa.

Kawan ''dia'' cakap, time tuh ''dia'' tengah amik wuduk. ya Allah, memang syurgalah baginya.
insya Allah.
Kami peserta yang lain nampak geng geng lelaki nak tarik tangan dia, tapi tak dapat sebab ombak tarik dia duluu. Tak dapat di gambarkan perasaan kami semua masa tu.
Nampak tangan ''dia'' ter kapai kapai meminta pertolongan mungkin.
tapi tak berdaya, ombak TERLALU KUAAT!
akhirnyaaaa, ''dia'' hanyut dibawa ombak.

kami diarahkan untuk solat sunat 2 rakaat
ya Allah sungguh hebat kuasa MU, 
abang fasi bagi goodnews yang ''dia'' telah dijumpai.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! 
tapi tapi tapi ''dia'' ...
Innalillah :(
Ya Allah, sebak gila time tuh. 
Sedih walaupon xkenal dia tapi dia tetap dalam kelompok kami jugak.

Astaqfirullah, sungguh. Memang kami di tarbiyyah oleh Sang Pencipta.

Abang Safuwan (Fasi) cakap - Jangan sangka buruk dengan Allah, kadang kadang kita tak sedar yang kita nih sangka buruk dengan berkata ''Kenapa nih? Kenapa nih terjadi''
Everything happen for a reason. TRUST HIM! 
Seorang di timpa musibah , semua orang daapat Hikmahnya. Insya Allah. 

Selepas Isya' kami semua solat jenazah untuk ''dia''.
then ''dia'' di bawa balek ke rumah nya di Johor.
Ayah aku dapat email yang menyatakan bahawa mak dia redha ''dia'' pergi.
Mak dia kata memang mak dia selalu doa agar dia jadi MUJAHID.
Subhanallah, memang ituh la yang mak dia dapat.

Moga rohnyaa dicucuri rahmat. Moga syurga lah baginya.
Salam Takziah buat keluarga Muaz, 16 tahun, Johor.

First time weh, aku tengok LIVE depan mata. 
Kawan kem lemas. Ya allah, pengalaman paling ber-makna bagiku.
dan menjadi iktibar untuk semuaa.
Tak sangka dia pergi kem dan x sempat balik rumah.
Masya Allah. Allahuakhbar!
Ajal sedang mengintai kitaa. 
PENGALAMAN NIH MENGAJAR AKU ERTI KEHIDUPAN + AKU TAK TAKUT BILA ORANG SEMBANG PASAL KEMATIAN. ALHAMDULILLAH.
TRUST ALLAH <3 
SEGALANYA ADA HIKMAH TERSENDIRI. INSYA ALLAH 
 


 

Leaders 12'

Assalam,
Leaders di penang 2012 
6-8 Jun 
Masjid Daerah Barat Daya , Balik Pulau

HARI PERTAMA : ( 6 Jun 2012 )


9.00 – 10.30 am                      : Slot 1 - Do You Know Me?

 Ade ice breaking weh.
Abang and Kakak fasi memang best lha kan :) Sporting gilaa
pastu kitorang maen game lha ape lha.
ade yang volenteer pergi depan ber-ucap (: Memang berani. Bagos
Moga semua nya menjadi LEADERs yang baik  
11.00 – 1.00 pm                      :Slot 2 – Public Speaking 
Dari  Dr Roslan Hashim. 
Dia bagitahu macam mana nak hilangkan gemuruh depan orang ramai.
Macam mana nak jadi public speaker yang baik :) 




2.00 – 4.00 pm                        : Slot 3 –  Talk Palestine, Malam Bersama Mu palestin “

Time ni kitorang di ajar untuk handle satu karnival palestin.
memang susah, dalam masa beberapa jam kami kena siapkan satu booth dekat masjid tu.
memang gelabah tapi seronok kot. 
9.00 – 10.30 pm                      : Slot 4 : “ malam bersama mu Palestin “

Ade seorang Ustaz nih dia bagi ceramah about Palestine.
kami tengok video pasal sejarah palestine. sangat menyayat hati. sebak.
Rakyat Palestin x kenal erti takot, penat, lelah.
terlahir nyaa penghafaz Quran yang ramai . Subhanallah.


HARI KEDUA : (  7 Jun 2012  )
11.00-4.30 pm                           : Slot 5 – “ Trekking”
Dari Taman Negara, Kami daki ke Pantai Kerachut :)
Sangat best. Subhanallah. Cantik sungguh.
Tapi kami di beri ujian oleh NYA. Kami di - tarbiyah oleh NYA. Subhanallah.
nak tau apa dia? satgi ceq buat new post nah. 

 HARI KETIGA : ( 8 Jun 2012 )

Setiap group kena present apa yang kami dapat di setiap slot (:
Memang best lha kan sebab ade yang guna loghat bahasa negeri masing2.
Sangat lawak.HAHAH

I will never forget this moment insya Allah.
Pantai kerachut , memberi seribu satu kenangan.
Subhanallah (:
Akan kami jdikan ia sebagai pengajaran dan iktibar.

LEADERS 2012 BEST. KAMI DI-TARBIYAH DI MANA SEMUA ORANG TIDAK AKAN MERASA APA YANG KAMI RASA DI SAAT ITU.




Thursday, May 31, 2012

GUNUNG JERAI MUQAYYAM

24 , 25 , 26 May 2012 
muqayyam Gunung Jerai 
Sekolah Menengah Al Azhar :)


Ada Taklimat before pergi 

Ada 4 Buah bus ja


DAH SAMPAI KAKI GUNUNG JERAI LHA KAWAN

Bermula lah pendakian :)
6Km

Berhenti rehat. Makan 

Alhamdulillah dah sampai tapak perkhemahan
pendakian sebanyak 9km memang letih



 
Ada yang pasang khemah 



Ada yang memasak (:




esoknya, continue pulak daki 3km 


Time nak hujan, for sure kabus akan tebal plus sejuk ter-GEDIK GEDIK 
:D Subhanallah.
Punyalah sejuk sampai tak leyh tidoq malam kawan. 
TERBAEK! 
-Balek rumah QADO' tidur- c(:

Alhamdulillah, malam kebudayaan geng tahfiz Seksyen 12 menang (:
yeah. kami sangat kreatif :D okeh stop satgi santan habies XD
tapi sayang nya, video yang kami rakam HILAAAANNNGGGGG.
Ohmyyy!!!! :( so sad. 
Anyway , by the way , MUQAYYAM TERBAEK :))
 SEKOLAH MENENGAH AL AZHAR JITRA 

p/s : Saya geli takot akan binatang ini -PACAT- :O

Saturday, April 28, 2012

Cinta Itu Di Hati

Cinta adalah FITRAH manusia dan hati.
Lahir tanpa diminta dan dipaksa.
Namun Allah sentiasa menguji.
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya.

Cintailah yang di hati.
Itu cinta HAKIKI dan MURNI.
Jangan cinta hanya NAFSU.
Itu cinta PALSU yang meluulu

Betapa bahagia cintakan Allah.
Bagai bunga yang mewangi kehidupan.
Tiada waktu dan jarak memisah.
Kembara rasa tidak bernoktah.

Betapa derita korban percintaan.
Bila nafsu menjadi taruhan.
Jiwa gelisah bila berpisah.
Asyik bertemu jemu bertamu.

Cintailah sesiapa sahaja.
Asal wadahnya cinta Allah.
Hati tidak resah.
Jiwa tak akan gelisah.
Jauh terhubung rindu.
Dekat terikat  padu.

CINTA ALLAH KEKAL ABADI ^^

Friday, April 13, 2012

Fannul Atfal

120412

Tarikh nih kan ada Fannul Atfal dekat sekolah :)
Pertandingan antara sekolah sekolah rendah Islam negeri Kedah
Tahniah kepada kumpulan nasyid Islah
Alhamdulillah dapat number 2 :)











Friday, February 3, 2012

Siapa soleh dapat Solehah

''JADI SOLEH, BUKAN CARI SOLEHAH''

sukar betul untuk mencari calon isteri yang solehah. begitu keluhan ramai lelaki masakini. 
agaknya, sesukar mencari gagak putih di tengah gerombolan gagak hitam.
memang sudah jadi hukum dunia, sesuatu yang berharga itu pasti susah mendapatkannya. 
sebab itulah agaknya ramai '' bachelor '' yang tidak kahwin kahwin lagi.
mereka berpegang kepada prinsip : biar usia terlebih, jangan tersalah pilih. 

alasan ini tentulah bagi mereka yang punya fikrah Islamiah (committed dengan Islam), 
tapi bagi yang tidak : kahwin lambat ada kemungkinan disebabkan hendak enjoyenjoy dulu.
tumpang masih bujang, tiada siapa yang melarang. demikian senikata sebuah lagu lama : buat manusia species ini, elok juga tidak kahwin, kerana jika mereka berkahwin dengan sikap dan fikiran semacam itu, mereka akan hanya merosakkan isteri dan keluarga mereka nanti. 

percayalah, momentum kejahatan yang dibuat semasa bujang selalunya akan berterusan sehingga berkahwin. kata Imam Ghazali ''Bukan mudah mencabut pohon kejahatan jika akarnya sudah mencengkam''.

remaja Muslim yang ISLAMIK kadang kadang terperangkap dalam dilema. mencari jodoh yang sesuai tidak semudah menekan butang handphone untuk menghantar SMS. 
HANYA SOLEH MENGENAL SOLEHAH !
jangan harap mengenal manikam jika kita bukan jauharinya!

terlalu banyak kriteria solehah yang menjadi penanda aras. secara simple nya, ciri ciri solehah yang selalu diperkatakan orang ialah wanita itu mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, rajin berpuasa sunat dan lain lain. jika demikian, mencari yang solehah memanglah sukar sebab sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat sifat sebegitu. itu baru sudut lahiriah. yang lebih sukar ialah menilai batiniah nya kerana sifat solehah itu tentulah berada di dalam hati. yang menutup aurat pun belum tentu solehah.  
 kulit baik, belum tentu isinya baik. 









Wednesday, January 4, 2012

HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI .



 
Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati
31 Disember - 1 Januari 
Masya Allah sangat mendidik jiwa 
orang lain sambut new year dengan bunga api 
kami sambut new year dengan ber SYAHADAH ISTIGHFAR IKRAR SELAWAT 
subhanallah . bahagia nya berbumbungkan majlis sebegitu
remaja diluar sana lebih gemarkan hiburan Hurm 
tapi Alhamdulillah , himpunan ini lebih dari target 
peserta yang hadir mereka anggarkan lebih kurang 1,200 orang 
Alhamdulillah Masya Allah 
sungguh masih ada manusia yang ingat akan Allah pada sambutan tahun baru ini

didatangi oleh bintang bintang hiburan jugaa (:
seperti - Ibu Aisyah


Imam muda Najdi berselawat sempena tahun baru


Ustaz Zahazan

 
Juara Ustazah Pilihan Firuz 

Imam Muda Hassan menjadi imam qiamullail

Ally Iskandar dan adik nya Ardi Herman




yang menjadi MC pada malam performance Fedtri Yahya


and last Shoutul Harokah paling gempaak !!

VIDEOO .













I WILL NEVER FORGET THIS MOMENT . 
INSYA ALLAH 
HOPE GET BLESSINGS FROM ALLAH <<33



GENG AKU KAT HIMPUNAN 1000 JIWA nih ((;