Followers

Friday, February 3, 2012

Siapa soleh dapat Solehah

''JADI SOLEH, BUKAN CARI SOLEHAH''

sukar betul untuk mencari calon isteri yang solehah. begitu keluhan ramai lelaki masakini. 
agaknya, sesukar mencari gagak putih di tengah gerombolan gagak hitam.
memang sudah jadi hukum dunia, sesuatu yang berharga itu pasti susah mendapatkannya. 
sebab itulah agaknya ramai '' bachelor '' yang tidak kahwin kahwin lagi.
mereka berpegang kepada prinsip : biar usia terlebih, jangan tersalah pilih. 

alasan ini tentulah bagi mereka yang punya fikrah Islamiah (committed dengan Islam), 
tapi bagi yang tidak : kahwin lambat ada kemungkinan disebabkan hendak enjoyenjoy dulu.
tumpang masih bujang, tiada siapa yang melarang. demikian senikata sebuah lagu lama : buat manusia species ini, elok juga tidak kahwin, kerana jika mereka berkahwin dengan sikap dan fikiran semacam itu, mereka akan hanya merosakkan isteri dan keluarga mereka nanti. 

percayalah, momentum kejahatan yang dibuat semasa bujang selalunya akan berterusan sehingga berkahwin. kata Imam Ghazali ''Bukan mudah mencabut pohon kejahatan jika akarnya sudah mencengkam''.

remaja Muslim yang ISLAMIK kadang kadang terperangkap dalam dilema. mencari jodoh yang sesuai tidak semudah menekan butang handphone untuk menghantar SMS. 
HANYA SOLEH MENGENAL SOLEHAH !
jangan harap mengenal manikam jika kita bukan jauharinya!

terlalu banyak kriteria solehah yang menjadi penanda aras. secara simple nya, ciri ciri solehah yang selalu diperkatakan orang ialah wanita itu mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, rajin berpuasa sunat dan lain lain. jika demikian, mencari yang solehah memanglah sukar sebab sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat sifat sebegitu. itu baru sudut lahiriah. yang lebih sukar ialah menilai batiniah nya kerana sifat solehah itu tentulah berada di dalam hati. yang menutup aurat pun belum tentu solehah.  
 kulit baik, belum tentu isinya baik.