Followers

Sunday, June 10, 2012

Ajal dia. Innalillah

Dear readers,

Ya Allah, macam mana nak cerita nih.
Kelu, Blur, Tak reti nak mengarang.
Hurrm. O Allah, Berilah aku kekuatan. Amin.

Post sebelum nih ade hampa baca pasal LEADERS 12'?
Ha, ada kan ana bagitau nak cerita kat newpost.
Ni ha nak habaq maaai.


time tuh kan, kami peserta Leaders dah sampai di pantai kerachut 
selepas mendaki dari Taman Negara,
untuk nak rehat lha kan plus solat zohor tepi pantai :)

Pemandangan Pantai tu memang .. SUBHANALLAH sangat cantik , 
Tapi kaaaaaaannn, di balik keindahan nya ituu
OMBAAAAKK SANGAT KUAAAT! DERAS! 

for sure, memang penat lha kan lepas mendaki, 
sampai sampai pantai tu, tak rasa penat langsung sebab minda berkata jangan penat.
perasaan time tuh hanya - tak sedap hati, takot - sebab ...
ombak deras , kuat . 
 Ya Allah, time tu fikir if la kan ada TSUNAMI, memang mati dalam berjuang lha kot noh.
insya Allah.

Dalam hati , minda hanya ada Allah. And aku tak putus putus berdoa
'' Ya Allah, ombak ini mengikut perintah MU, pintalah ombak ini agar tenang''
''Ya Allah, peliharalah kami, tenangkan lah hati kami'' 

wah, geng geng budak laki ada yang dok main air lha, nak amik wuduk lha untuk solat zohor.
aku boleh cerita based on ape yang aku nampk lha kan.
mula mulaa, tengah depa dok dekat ombak tuh, tak sangka lha pulak akan jadi macam nih.
ramai kot yang kena tarik dengan ombak, tapi Allah sayang ''dia''.
Allah ambil dia ja time tu sedangkan ramai lagi yang lemas tapi dapat di tarik.
Boleh ja Allah nak ambil semua, tapi Allah ambil dia jaa.

Kawan ''dia'' cakap, time tuh ''dia'' tengah amik wuduk. ya Allah, memang syurgalah baginya.
insya Allah.
Kami peserta yang lain nampak geng geng lelaki nak tarik tangan dia, tapi tak dapat sebab ombak tarik dia duluu. Tak dapat di gambarkan perasaan kami semua masa tu.
Nampak tangan ''dia'' ter kapai kapai meminta pertolongan mungkin.
tapi tak berdaya, ombak TERLALU KUAAT!
akhirnyaaaa, ''dia'' hanyut dibawa ombak.

kami diarahkan untuk solat sunat 2 rakaat
ya Allah sungguh hebat kuasa MU, 
abang fasi bagi goodnews yang ''dia'' telah dijumpai.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! 
tapi tapi tapi ''dia'' ...
Innalillah :(
Ya Allah, sebak gila time tuh. 
Sedih walaupon xkenal dia tapi dia tetap dalam kelompok kami jugak.

Astaqfirullah, sungguh. Memang kami di tarbiyyah oleh Sang Pencipta.

Abang Safuwan (Fasi) cakap - Jangan sangka buruk dengan Allah, kadang kadang kita tak sedar yang kita nih sangka buruk dengan berkata ''Kenapa nih? Kenapa nih terjadi''
Everything happen for a reason. TRUST HIM! 
Seorang di timpa musibah , semua orang daapat Hikmahnya. Insya Allah. 

Selepas Isya' kami semua solat jenazah untuk ''dia''.
then ''dia'' di bawa balek ke rumah nya di Johor.
Ayah aku dapat email yang menyatakan bahawa mak dia redha ''dia'' pergi.
Mak dia kata memang mak dia selalu doa agar dia jadi MUJAHID.
Subhanallah, memang ituh la yang mak dia dapat.

Moga rohnyaa dicucuri rahmat. Moga syurga lah baginya.
Salam Takziah buat keluarga Muaz, 16 tahun, Johor.

First time weh, aku tengok LIVE depan mata. 
Kawan kem lemas. Ya allah, pengalaman paling ber-makna bagiku.
dan menjadi iktibar untuk semuaa.
Tak sangka dia pergi kem dan x sempat balik rumah.
Masya Allah. Allahuakhbar!
Ajal sedang mengintai kitaa. 
PENGALAMAN NIH MENGAJAR AKU ERTI KEHIDUPAN + AKU TAK TAKUT BILA ORANG SEMBANG PASAL KEMATIAN. ALHAMDULILLAH.
TRUST ALLAH <3 
SEGALANYA ADA HIKMAH TERSENDIRI. INSYA ALLAH 
 


 

No comments:

Post a Comment

Hello ,
ringankan jari anda untuk meng-KOMEN :D
Terima kasih