Followers

Wednesday, December 12, 2012

Anda belum matang sekiranya

Dengan nama Allah aku mulakan.
Terima kasih Ya Rabbi

Kita masih belum matang sekiranya ..

-Menghabiskan kredit hanya untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibubapa juga

-Rela menunggu berjam-jam, walaupun dalam hujan untuk melihat gadis yang dicintai melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!

-Memarahi bahkan sanggup menampar adik yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita yang diminati

-Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al Quran walaupun satu muka setahun!

-Asyik terkenang wajah kekasih yang baru tak sampai seminit berpisah tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

-Susah hati jika tidak menerima surat atau emel atau SMS daripada orang yang dicintai sebaliknya kita tahu bahawa kita sendiri tidak langsung mengirim surat atau SMS kepada bapa dirumah

-Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet dan seluar pendek atas lutut ketika solat.

Lebih banyak mengucapkan kalimah ILOVEYOU berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Muhasabah sama sama. Mencari redhaNYA 

No comments:

Post a Comment

Hello ,
ringankan jari anda untuk meng-KOMEN :D
Terima kasih